LRT Tergendala | PM arah jawatan kuasa ditubuh siasat punca kerosakan

2022-11-13 0

Kementerian Pengangkutan diarah menubuhkan satu jawatankuasa bagi menyiasat secara menyeluruh punca kerosakan berikutan gangguan perkhidmatan hingga menyebabkan 16 stesen Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya ditutup.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu merungsingkannya kerana kejadian sama berlaku dua kali ketika beliau menjadi Perdana Menteri.